Aktiviti Luar & Dalam Negeri.
-------------------- Salam Sejahtera --------------------
-------------------- Salam Sejahtera --------------------
DIY : Batang Kayu
Bila lihat dalam Forum HG, Cari Dot Com hasil kreatif kerja tangan salah seorang Moderator di sana. Teringat saya masa mula-mula minat orkid, bila ada masa lapang sibuk la buat raga seperti dibawah ni. Foto Ehsan dari Puan Shida dengan Blod beliau You're My Destiny
Disini saya nak mengajak peminat-peminat orkid untuk mencuba 1 lagi daya kreatif tanpa memerlukan modal yang banyak. Dengan menggunakan keratan kayu yang boleh didapati dikedai ikan (Aquarium) dari RM5 hingga RM20 atau ditepi sungai ataupun tepian pantai, anda boleh menanam orkid anda diatasnya.
Kayu dibawah ni sapa perolehi ketika saya mengemas stor di Laman Anggerik Selangor. Apa lagi, macam-macam akal bermain dikepala. Sepanjang perjalanan balik ke rumah, akal berputar memikirkan pokok apa yang hendak diletakkan diatas kayu ini.
Ni bunga sasaran, Dendrobium purpureum. Sudah seminggu ditangan saya. Masih kembang lagi.
Atas permintaan sahabat-sahabat minta saya pertontonkan gambar keseluruhan pokok dendrobium ni.
Atas batang kayu ini saya letak pokok dendrobium purpureum tanpa apa-apa media tanaman. Untuk rekod, dendrobium tidak memerlukan media tanaman seperti Spagnum Moss untuk memerangkap air. Jika akar dendrobium terlalu lembab, dikuatiri akan merosakkan serta membantutkan pertumbuhan orkid ini.Berikut adalah hasilnya. Bukankah ianya begitu kacak diatas kayu?
2 comments:
Lubang untuk masukkan dawai penggantung tu pakai apa?
Saya tebuk menggunakan Drill
Post a Comment