FASA 20

FASA 20

Mutiara Kata

Dua Perkara Perlu Kita Lupakan, Lupakan Keburukkan Orang dan Lupakan Kebaikkan Kita. Dua Perkara Perlu Kita Ingat, Ingat Kebaikkan Orang dan Ingat Keburukkan Kita.

Aktiviti Luar & Dalam Negeri.


-------------------- Salam Sejahtera --------------------




-------------------- Salam Sejahtera --------------------

Saturday, June 25, 2011

AKHIRNYA....................

Setelah sekian lamanya Orkidla mencari Akhirnya bertemu jua. Buku ORCHID GROWING - In The Tropics - Orchids Society of South East Asia. Ketika jalan-jalan di HyperMarket dekat Jalan Kelang Lama, Orkidla masuk kedai Buku niat dihati nak lihat kalau-kalau buku sahabat kita Khairi Nordin ada dijual disana. Tetapi buku ini yang Orkidla jumpa dan yang 'best'nya sekarang merupakan Pesta Buku maka dapat 20% Diskaun. Harga asal RM65.80 selepas diskaun 2% jadi RM52.64.

Orkidla tidak baca habis lagi, dari apa yang Orkidla lihat secara sepintas lalu. Buku ini amat berguna untuk dijadikan sebagai bahan rujukkan. Padat dan banyak ilmu yang boleh diperolehi pada pandangan Orkidla secara kasarnya. Bagi mereka-mereka yang ingin mendalamkan ilmu Orkid, Buku ini sangat bertepatan dengan keperluannya. Disana juga Orkidla ada bertemu dengan sebuah lagi buku iaitu NATIVE ORCHIDS of Peninsular Malaysia Oleh Chris K.H. Teo, Harga buku ini RM48.80 dan selepas diskaun 20% jadi RM39.04. Orkidla sudah lama memiliki buku ini. Bagi peminat orkid yang baru berjinak dengan orkid bagus membeli buku ini sebagai rujukan ringan.

Tingkatkan pengetahuan Orkid anda semua dengan membaca, Selamat Membaca dan Menimba Ilmu.

No comments: