Sebelum tiba Kuantan, saya singgah sebentar di R&R Gambang. Rehat sekejap. sempat la ambil gambar sejenis serangga yang dipanggil riang-riang. Sajer nak test Camera baru, Canon S5IS.
Selepas tu sambung semula perjalanan menuju terus ke Kuantan. Setiba sahaja di Kuantan, saya disambut mesra oleh rimbunan memutih Anggerik merpati atau dikenali dengan nama Dendrobium crumenatum.
Ok, dah tiba masanya pergi check in di Hotel Seri Malaysia. Berhampiran dengan bilik penginapan saya, terdapat 1 rumpun kecil Anggerik merpati yang sedang mekar harum mewangi... seronoknya, hilang rasa penat bila lihat orkid ni.
Lepas rehat sekejap, pi jalan-jalan ke sana-sini. terjumpa la sekawan Bulbophyllum sp. jalan kehadapan jumpa la pula pokok Hoya sp. putih dan wangi. lepas tu jalan-jalan lagi jumpa la sekumpulan pokok tanduk rusa atau Platycerium coronarium berhampiran dengan kondominium tepi pinggiran bukit. Lepas tu dalam perjalanan balik ke hotel, singgah ke Nursery tepi jalan kat Kuantan, sempat ambil gambar Spathoglottis multicolor ni sebelum kena marah dengan owner dia sebab ambil gambar pokok dia. Sombongnya, terus saya balik sambil menyumpah-nyumpahkan biar bankraplah cepat hendaknya.
Setelah habis bercuti, tiba la masa nak balik ke Kuala Lumpur. Sebaik saje keluar dari perkarangan hotel. terlihatlah kelibat 1 rumpun besar orkid Bulbophyllum vaginatum... teringat la pula kisah pasal orkid ni... hehehehe ada peminat-peminat yang baru nak berjinak-jinak dengan orkid kena tipu pasal orkid ni.
Tamat sudah.. salam.
No comments:
Post a Comment