FASA 20

FASA 20

Mutiara Kata

Dua Perkara Perlu Kita Lupakan, Lupakan Keburukkan Orang dan Lupakan Kebaikkan Kita. Dua Perkara Perlu Kita Ingat, Ingat Kebaikkan Orang dan Ingat Keburukkan Kita.

Aktiviti Luar & Dalam Negeri.


-------------------- Salam Sejahtera --------------------




-------------------- Salam Sejahtera --------------------

Monday, May 4, 2009

Cuti Hari Buroh 2009 (Cerita Penuh)

May 1hb, balik Kg pagi-pagi. Mengelakkan dari kesesakkan jalan raya.Setibanya di Kg, hati meronta-ronta nak gi melawat Nurseri orkid yang berada dekat kawasan rumah, kurang dari 5 minit perjalanan berkereta. Hasrat tu terpaksa dipendamkan sebab kena pergi rumah Makcik Saudara, makan free. Semasa berada di rumah Makcik Saudara, Pakcik Saudara kata ada 1 nurseri baru buka dekat sebelah dalam area kawasan rumah lamanya. Wahh.. sudah bagus, boleh gi tengok. Balik dari rumah Makcik Saudara dah kepenatan, nak rehat sekejap. Bagi mengubat rindu sempatlah snap orkid yang ada dalam laman rumah jiran sebelah.



Dan yang dibawah ni pula kepunyaan jiran yang berada didepan rumah. Bila setiap kali balik Kg, sayu jer rasa dihati bila mengenangkan kes kecurian orkid di sini. Inilah saki-baki orkid yang tinggal, tak ada nak menambah-nambah lagi koleksi. Takut kena sapu lagi. Memang dasar cheleng sungguh orang yang mencuri tu.



May 2hb, pagi-pagi lepas sarapan terus ambil kunci kereta cabut ke nurseri tu. Dalam perjalanan baru teringat, alamak lupa bawa kamera. isshhh... nak balik karang susah pula nak lepas, biarkan lah. Setibanya kat nurseri tu, disambut oleh anak member nurseri tu. Jalan-jalan, intai-intai, banyak juga yang berkenan. Tetapi, guna falsafah nak tapi tak segera. So, K.I.V dulu mana-mana yang tak seberapa perlu tu.

Hari ini Hari Jadi ..., orkid ni dibeli. Gongora claviodora RM60, Lily putih tu RM15, Phaius tankervilleae var. Alba RM80 dan yang kecil tu F.O.C. Selamat Hari Jadi untuk .... semoga segala usaha diberkati, panjang umor dan murah rezeki, AMIN.
IMG_4533.jpg Gongora cla picture by shaifuls
IMG_4534.jpg Lily Putih picture by shaifuls
IMG_4535.jpg Phaius tankervilleae var. Alba picture by shaifuls
Petang dalam jam 2 lebih, 2hb May. Cabut sekejap ke nurseri baru yang dikatakan tu. Alamak, kecewanya bila diberitahu oleh Mak owner nurseri tu tutup sebab anaknya pergi mesyuarat. Nurseri tu dikuncilah pula, biasa tak kunci kata Mak owner tu. Selepas tinjau2 serba sedikit dari luar, balik la ke rumah dengan hati yang hampa. Dapat pula SMS dari Rakan Kongsi ada pesanan dari Oversea. Apa lagi terus call member nurseri, nak order pokok-pokok. Esok (3hb May) janji nak ambil.






May 3hb, Bertolak pulang ke Kuala Lumpur pagi-pagi. Singgah sebentar mengambil pokok-pokok yang dipesan semalam. 5 pokok orkid Bulbophyllum beccarii RM2**.00 dan 5 pokok Bulbophyllum dearei RM1**.00.


Sebelom balik sempat sambar untuk diri sendiri Dendrobium purpureum RM6*.00, bayar dapat diskaun. Lama dah mengidam orkid ni, dekat FE jual dalam harga ni juga NETT. Dekat LC, RM3**.00 sikit diskaun. Cerita bersambung..


No comments: