Sabtu 11hb Julai 2009, Hujung minggu ni baru dapat duduk rehat kat rumah setelah hampir sebulan tak ada dirumah. Sibuk dengan kerja-kerja perpindahan ladang Paya jaras ke ladang Bera. Selesai mengemas rumah lepak kat balkoni jap, maka ada la kerja nak dibuat. Fikirlah sendiri.
Terpukau dengan akar Phal ini kurang dari 3 minggu akar baru yang keluar makkkk aishh.. besarnya.
Ada beberapa pokok Phalaenopsis yang ditukar pasu yang agak besar sedikit dari pasu asal. (Pasu baru-Jangan terlalu besar, Media tanaman (FloraForm) & Dawai penyangkut)
Dawai penyangkut.
Pasu yang telah dipasang dawai penyangkut.
Letakkan pokok Phal ditepi pasu dan ditaburkan Media tanaman.
Dah siap, lihat keadaan Phal setelah digantung.
Beginilah hasilnya.
No comments:
Post a Comment