FASA 20

FASA 20

Mutiara Kata

Dua Perkara Perlu Kita Lupakan, Lupakan Keburukkan Orang dan Lupakan Kebaikkan Kita. Dua Perkara Perlu Kita Ingat, Ingat Kebaikkan Orang dan Ingat Keburukkan Kita.

Aktiviti Luar & Dalam Negeri.


-------------------- Salam Sejahtera --------------------




-------------------- Salam Sejahtera --------------------

Wednesday, July 22, 2009

DIY : Orkid Menjalar

DIY kali ini memaparkan cara untuk menanam pokok orkid dari jenis menjalar seperti Bulbophyllum, Coelogyne dll. Caranya amat mudah sekali dengan menggunakan keratan kayu tembusu, pasu, dawai penyangkut, jaring halus dan Perlite sebagai media tanaman.

keratan kayu tembusu & jaring halus.

Media tanaman Perlite & Pokok Orkid Coelogyne.

keratan kayu tembusu, pasu, dawai penyangkut yang telah siap disatukan.

Peringkat seterusnya pokok orkid diletakkan berhampiran dengan keratan kayu tembusu supaya mudah orkid Coelogyne memanjat keratan kayu tersebut. Seterusnya dimasukkan media tanaman Perlite. Untuk rujukan media tanaman Perlite ini digunakan kerana media ini menyimpan air secukupnya dan membuang air yang berlebihan. Bermaksud tidak akan berlaku kelembapan yang berlebihan dimana akan merosakkan pokok orkid.

SELAMAT MENCUBA.

2 comments:

sharin said...

sifu..
perlite tu ape..??
mcm mane nak dapatkan..??

Orkid La said...

Alamak sifu ker?
----------------------------------

Perlite adalah satu media penanaman istimewa (ringan, mudah dikendalikan dan pH neutral) yang digunakan di dalam seni taman dan holtikultur. Ia amat sesuai digunakan sebagai media penanaman orkid, campuran media untuk tanaman pasuan, kotak tanaman, patio, taman ‘roofscape' dan bekas semaian.

Kebaikan menggunakan Perlite

1. Memperbaiki sistem pengudaraan dan saliran media penanaman
2. Mengekalkan kelembapan media penanaman
3. Mengelakkan kesan penyiraman melampau terhadap tanaman

Untuk keselamatan semasa pengendalian perlite, ia hendaklah dilembapkan terlebih dahulu dengan air. Ini kerana partikelnya amat ringan.