Posting sebelom ini rakan sekerja minta tolong borong anak-anak Catasetum. Bila serahan dibuat, dia nak suruh buat macam Orkidla punya siap tukar pasu baru. Alamak, nak kena pergi beli pasu, dawai dan Spagnum Moss. Atas permintaan rakan-rakan, sekali lagi Orkidla pergi memborong. Bulan Ramadhan ni bukannya ada mood nak memborong (Maklumlah nak puasa dari memborong). Setibanya di lokasi, mata sakit, adusss... Sabar, sabar... Cattleya dibawah sempat borong gambar sahaja.

Terjebak lagi, kalaulah memborong tu boleh membatalkan puasa dah lama terbatal. Tetapi tu tak ada dalam mana-mana sunnah dan dalil. Hehehehe.... Orkidla punya poket terus koyak-rabak, ratusan RM dibelanjakan untuk Catasetum spesis dan hybrid ini.
Catasetum tenebrosum "Tomiko" RM56.

Clowesetum Creative
Copper Gold (Clowesia Grace Dunn x Catasetum tenebrosum)
'C1' RM45. Clowesia Grace Dunn =
Clowesia warczewitzii x
Clowesia rosea
Catasetum callosum RM45.

Cattleya acklandea ni kepunyaan Muzafar,

----------------------------------------------------------------------------------
Dibawah ini Anak-anak Catasetum sebelom ditukar pasu baru.

Beginilah hasilnya setelah selesai ditukar pasu. Tinggal tunggu tuannya tuntut untuk dibawa pulang ke Kuala Pilah.