FASA 20

FASA 20

Mutiara Kata

Dua Perkara Perlu Kita Lupakan, Lupakan Keburukkan Orang dan Lupakan Kebaikkan Kita. Dua Perkara Perlu Kita Ingat, Ingat Kebaikkan Orang dan Ingat Keburukkan Kita.

Aktiviti Luar & Dalam Negeri.


-------------------- Salam Sejahtera --------------------




-------------------- Salam Sejahtera --------------------

Monday, August 24, 2009

Awal Ramadhan (I)


Hari pertama Ramadhan ke Banting memborong segala jenis kerepek-kerepak di sana, puluhan Kilogram bermodalkan ratusan Ringgit Malaysia dihabiskan (Hehehe... Bukan nak berniaga hanya nak menjamu selera). Balik sahaja dari memborong kerepek singgah kejap dekat nurseri member ni. Niat hati nak sambar Catasetum spesis ni (Atas). Tanya mak member ni, dia suruh tanya anak dia. Emmm... apa lagi call la si anak, Makkk... aishh nak jual RM250. Atas alasan pokok ni dia sendiri ambil di Venezuela. Susah nak ambil.... Emmm... Telan air lior ler. Mana taknya, baru berhabisan memborong kerepek, poket dah nipis. ATM mana ada ditengah-tengah hutan nih.

Tak nak balik dengan tangan kosong borong la pokok Catasetum Hybrid ni (Atas) dengan RM20 untuk 2 pokok.

Serta Catasetum spesis NoID ni dengan harga RM25 sepokok (Atas).

Sebelom balik Mak member ni sempatlah kasi 2 pokok catasetum Hybrid ni. Dah tak berdaun, tak mengapa, janji ubinya masih elok lagi. Balik ni buang sabut pelepah lama dan bubuh Moss, pasti keluar anak baru.

No comments: