FASA 20

FASA 20

Mutiara Kata

Dua Perkara Perlu Kita Lupakan, Lupakan Keburukkan Orang dan Lupakan Kebaikkan Kita. Dua Perkara Perlu Kita Ingat, Ingat Kebaikkan Orang dan Ingat Keburukkan Kita.

Aktiviti Luar & Dalam Negeri.


-------------------- Salam Sejahtera --------------------




-------------------- Salam Sejahtera --------------------

Monday, August 10, 2009

Orkid Perbagai.

Orkid ni Paphio yang dijual di Gerai member dari Rawang. Berapa harganya, tidaklah Orkidla periksa.

Phalaenopsis ni terdapat di Gerai member dari Agrotech Bkt Changgang. Cantek Phal. violacea var. Sumatra tu RM60 harganya.

Cattleya Hybrid ini cantek, tertarik... Dijual di Gerai Sifu dari Kedah, Sifu ni dulu anak didik Mr. Hew of Subang. Beliau balik Kampong buka perniagaan sendiri. Bagus, Tahniah Bro.

Anak-anak Cattleya Hybrid kuning ni dijual dengan harga RM8 per pot.

Cattleya spesis hutan ni, Orkidla kurang ingat berapa harganya. RM55 atau RM70.


Cattleya acklandae, spesis hutan Amarika Selatan ini dibeli oleh Bro Muzafar untuk koleksi peribadi beliau dari kedai Sifu Kedah dengan harga RM45 pada hari Sabtu 8hb Ogos lalu dan dipamerkan di Gerai Orkidla. Disebabkan terlalu ramai yang bertanya, Orkidla minta mereka yang berminat sila buat tempahan. Ahad 9hb Ogos lalu Orkidla bawa 4 pasu sahaja (test market konon-konon) Alamak tak cukup. Letak RM55 jual RM45 Habis. Alhamdulillah, Berkat dan doa rakan-rakan. Apa yang dibawa habis. Terima Kasih semua. Floria 2011 kita jumpa lagi.

Orkidla dapat percuma orkid mini ni, terima kasih la... ada juga orang nak kasi kat Orkidla. Orkid ni Hybrid diantara Paraphal. (orkid ular) dengan Christensonia vietnamica. Melihat pada pokoknya, dah 3 kali berbunga.
IMG_5556.jpg picture by shaifuls
Bulbo. putidum ni pun sama, Orkidla dapat dari pemberian seseorang, katanya cantek. Entahlah Orkidla bukan arif sangat dengan pokok, baru belajar.
IMG_5553.jpg picture by shaifuls

No comments: