FASA 20
Mutiara Kata
Dua Perkara Perlu Kita Lupakan, Lupakan Keburukkan Orang dan Lupakan Kebaikkan Kita.
Dua Perkara Perlu Kita Ingat, Ingat Kebaikkan Orang dan Ingat Keburukkan Kita.
Aktiviti Luar & Dalam Negeri.
-------------------- Salam Sejahtera --------------------
-------------------- Salam Sejahtera --------------------
Wednesday, August 12, 2009
DIY : Catasetum & Cycnoches
Semasa di Floria 2009 Putrajaya baru-baru ini ramai yang membeli anak-anak pokok Catasetum dan Cycnoches tak kiralah samada dari gerai Orkidla atau dari gerai Uncle Rawang, gerai Untie Bkt. Changgang mahupun dari gerai Brother Kedah. Disini Orkidla nak berkongsi ilmu (Macam dia ni pandai sangat.. kui kui kui). Ubi tua pokok Catasetum dan Cycnoches jangan dibuang, sebaliknya boleh disemai. Haa.. dah tentu rakan-rakan serta blogger-blogger nak tahu bagaimanakan? Teruskan membaca..,
Langkah pertama leraikan ubi pokok tersebut dari pokoknya, gunting atau potong akar yang terdapat pada ubi pokok Catasetum dan Cycnoches tersebut. Kemudian bersihkan ubi tersebut dengan menggunakan air dari serpihan pelepah daun kering (lihat gambar bawah).
Setelah selesai dicuci, tanam ubi tersebut dengan menggunakan pasu kecil dan lumut (Spagnum Moss) 100% sebagai bahan media tanaman. Spagnum Moss/Lumus juga berfungsi mengawal kelembapan. Selepas itu semaian disimpan dibawah lindungan cahaya matahari dalam anggaran 50% hingga 65% dan pada suhu bilik.
Dalam tempoh 2 ke 3 minggu tunas (Keiki) baru akan terhasil, Insya'ALLAH. Dibawah Orkidla tanam pada 1hb Ogos 2009 & gambar ini diambil pada 11hb Ogos 2009. Terdapat keiki baru tumbuh dikiri dan kanan ubi Catasetum Penang 'Red' x Catasetum callosum. Selamat Mencuba dan Semoga Berjaya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Assalamualaikum wt.wb
Saya nak tanya daun catasetum yang baru dibeli mejadi putih seakan-akan kertas putih transparent apakah sebabnya dan perlukah dibuang?
Wsalam Tuan Faris,
Menurut kenalan saya, keputihan pd daun Catasetum adalah biasa. Menurut beliau biarkan, lama kelamaan akan normal semula. Harap dapat jwpn ini dapat membantu.
Post a Comment