Dua Perkara Perlu Kita Lupakan, Lupakan Keburukkan Orang dan Lupakan Kebaikkan Kita.
Dua Perkara Perlu Kita Ingat, Ingat Kebaikkan Orang dan Ingat Keburukkan Kita.
Khamis 26hb. Nov. 2009; bertolak balik Kg. Tidak banyak kenderaan di pagi hari. Perjalanan memakan masa kurang 3 jam sahaja ke destinasi. Dapat permit besar punya untuk ke Nurseri member ni, apa lagi shopping la...
Dendrobium anosmum (ambil gambar jer) Dendrobium ypsilon NoID Sapu 2 pokok ni hampir2 3Rat Tiba ke bahagian bukan orkid, Hoya daun Love. sampai je dekat kawasan Hoya bunga besar ni, sibuk la member ni mengayat suruh beli pokok ni... hehehe sorry la pokok ni dah ada. Member HG kasi free, hehehehe. Sapu pokok Hoya ni RM8. Jalan-jalan lagi, kali ni masuk dekat lokasi Bunga raya. Sapu pokok-pokok bunga raya ni untuk dihantar ke Bera. Sapu Kemboja ni, nak layan sepokok dua. Yang lama mati setelah dibela 3 tahun. Pokok ni dibeli RM2 je, katanya pokok sanggul India tapi bunga tebal dan wangi. Pokok ni pula diberi F.O.C, Orang berbudi kita berbahasa. Orang memberi Kita sapu saja la.
Berikut diantara pokok-pokok orkid yang sedang berbunga dihalaman balkoni rumah Orkidla dan ada juga diantaranya akan dijual di Festival Anggerik Shah Alam 16 (FASA16) yang akan diadakan pada 3hb. Dis. 2009 ini bertempat di SACC Mall Shah Alam, Bersebelahan dengan Kompleks PKNS. Jemput hadir beramai-ramai bagi menjayakan Festival ini.
Arundina graminifolia var. "Vietnam" Phalaenopsis speciosa (Plant No. 1) Phalaenopsis speciosa (Plant No. 2) Lycaste aromatica (Harum semerbak dihalaman rumah) Bulbophyllum mandibulare Phalaenopsis cornu-cervi (Plant No. 1) Koleksi Catasetum, daun patah ditiup angin. Santai... ikan-ikan gelojoh merebut makanan.. Phalaenopsis cornu-cervi (Plant No. 2) Phalaenopsis cornu-cervi (Plant No. 3) Phalaenopsis cornu-cervi (Plant No. 4) Phalaenopsis cornu-cervi var. Alba Dendrobium Roy Tokunaga (Dendrobiumatroviolaceum × Dendrobiumjohnsoniae). Vanilla planifolia (Akan dijual di Festival Anggerik Shah Alam 16) Coelogyne Peltaster (Habis berbunga) 1 sahaja yang jadi seedpot
Sedih, Terharu, Hampa dan bermacam-macam lagi rasa dihati bila melihatkan pokok Orkid yang dijaga dari kecil dinodai. Pokok orkid dari jenis Cycnodes 'Wine Delight' ''JEM'' FCCAOS telah menjadi santapan buat sang siput cheleng. Jika dibiarkan akan gondollah pokok ini. Buat Operasi Bersepadu bagi menjejaki penjenayah yang berleluasa ini dan hasil dari kajian pihak CSI, penjenayah dapat dikesan dan dihapuskan.
Vanilla yang sy beli dari kenalan Dr. Yusoff serta Dr. Norani semasa di Taman Botani (All About Orchids & Orchids For All) baru-baru ini. Orkidla nak berkongsi sedikit tentang teknik yang Orkidla guna-pakai dalam ujikaji menanam benih pokok orkid Vanilla dari tabung uji. Mula-mula dibasuh agar-agar/jelly yang melekat diakar serta pokok vanilla. Kemudian direndam didalam racun kulat untuk beberapa minit. Selepas itu dibilas dengan air lalu dan dibiarkan kering dalam beberapa minit. Selepas itu, pokok ditanam 1 pokok ke 1 pasu. Media tanaman boleh menggunakan tanah berpasir. Bagi tujuan ini Orkidla menggunakan media tanaman Perlite dan Serbuk kelapa. Letak dibawah teduhan matahari antara 20-40 peratus. Siram sehari sekali dan baja seminggu sekali. Selamat Mencuba.