Lycaste aromatica


Phalaenopsis cornu-cervi. 100


Dikatakan Bulbophyllum klabatense Tapi macam Bulbophyllum mandibulare

Coel. peltastes dah nak kembang.


Bulbo. sp. beli dengan orang asal RM3 jer. Spike bunga dah keluar.

Dibawah ni, nak kongsi sikit pasal Lumut yang hidup bersama-sama Dendrobium tak ingat ID. tak la susah sangat nak hidupkannya. Letak sikit lumut kering yang dilembapkan. Lepas tu sikit humid asid serta kompos, dah hidup ia.


Posting lalu Orkidla ada menceritakan serba sedikit cara-cara semaian menggunakan ubi Catasetum.... Nah, ubinya udah mengeluarkan tunas baru.


Ahad 8hb Nov. 2009; Hari ni pun tiada cadangan nak kemana-mana. Tengah sibuk aturkan Bulbophyllum phalaenopsis ni ke dalam pasu supaya senang membiak, Orkidla dapat call mohon bantuan jaga gerai di Tasek Putrajaya sempena pesta sukan luncur air. Alamak, nak kena pergi ke..... malasnya. Dalam jam 11am Orkidla bergerak ke lokasi tersebut. Dalam perjalanan singgah sekejap kat Petronas nak isi minyak, terpandang pula satu brother ni jual Orkid tepi jalan dengan lori. Singgahlah sekejap, Sembang punya sembang Brother ni kata "Saya baru semalam 1 pelangan tanyakan saya pasal abg" alamak terkejut Orkidla. Tanya punya tanya, rupa-rupanya Seroja dari forum HG CARI.COM.

Dilokasi acara sukan luncur air ada banyak Lily yang ditanam secara barisan ditepi tasek putrajaya. Terdapat 2 jenis lily disana. 1 berdaun hijau dan 1 lagi berdaun putih belang-belang hijau.


Semasa bersembang-sembang dengan Brother Hamid yang jual orkid tepi jalan tu, terpandang si ayu ni. lembut jer warnanya. "Berapa harga ros ni Bro" "Ala RM8 jer" jawapnya. Bila nak bayar dia minta RM7 jer.


Setibanya di rumah Orkidla masukkan ke dalam pasu yang sederhana besar siap baja organik sekali.

No comments:
Post a Comment