Ahad 15hb Nov. 2009; seperti yang dijanjikan pada forummer di Cari Dot Com, Orkidla pergi ke Taman Botani Putrajaya untuk mengambil gambar orkid vanilla yang dijual disana, harga RM15.
Fox tail Orchid. Rhy. retusa.
Catasetum Hybrid
Dalam jam 10 pagi Orkidla bertolak ke Seremban menghadiri mesyuarat yang diadakan oleh Persatuan Orkid Seremban bagi menjayakan Pesta Orkid yang akan diadakan pada 1hb Dis 2009. Sebelom ke Seremban singgah ke Paroi menjemput Master Baim, sempat la jeling-jeling kat rumah orkid beliau.
Dari rumah Master Baim bergerak ke rumah Presiden Orkid Seremban. Apa lagi, pusing keliling melihat koleksi yang ada.
Selesai mesyuarat dalam jam 3 petang bergerak semula ke Taman Botani Putrajaya. Sebelom balik sempat sapu 2 pokok Anthorium. 1 daun macam daun sireh dan 1 lagi daun seperti Anthorium biasa tetapi bertulang belakang agak kemerahan.
Di pagi Isnin 16hb. Nov. 2009; snap gambar Coelogyne peltastes yang kembang buat kali keduanya.
No comments:
Post a Comment