Khamis 26hb. Nov. 2009; bertolak balik Kg. Tidak banyak kenderaan di pagi hari. Perjalanan memakan masa kurang 3 jam sahaja ke destinasi. Dapat permit besar punya untuk ke Nurseri member ni, apa lagi shopping la...
Dendrobium anosmum (ambil gambar jer)
Dendrobium ypsilon
NoID
Sapu 2 pokok ni hampir2 3Rat
Tiba ke bahagian bukan orkid, Hoya daun Love.
sampai je dekat kawasan Hoya bunga besar ni, sibuk la member ni mengayat suruh beli pokok ni... hehehe sorry la pokok ni dah ada. Member HG kasi free, hehehehe.
Sapu pokok Hoya ni RM8.
Jalan-jalan lagi, kali ni masuk dekat lokasi Bunga raya.
Sapu pokok-pokok bunga raya ni untuk dihantar ke Bera.
Sapu Kemboja ni, nak layan sepokok dua. Yang lama mati setelah dibela 3 tahun.
Pokok ni dibeli RM2 je, katanya pokok sanggul India tapi bunga tebal dan wangi.
Pokok ni pula diberi F.O.C, Orang berbudi kita berbahasa. Orang memberi Kita sapu saja la.
No comments:
Post a Comment