Dua Perkara Perlu Kita Lupakan, Lupakan Keburukkan Orang dan Lupakan Kebaikkan Kita.
Dua Perkara Perlu Kita Ingat, Ingat Kebaikkan Orang dan Ingat Keburukkan Kita.
Rabu yang lalu Orkidla pergi melawat sahabat lama yang baru pulang dari Lautan Meditrenian atas sebab bertugas "Sub-marine Cable" di sana. Agak lama tak melawat mereka sekeluarga, Hampir 8 bulan. Wow, terpegun melihat beberapa perubahan dikawasan rumah mereka. Ada terrarium, ada taman landskap ada air terjun. Meleleh air lior dibuatnya. Terrarium orkid Acacallis cyanea Bulbo. annandalae Bulbo. NoID. Cattleya labiata var. coerulea, Menurut pemiliknya semasa beliau membeli orkid ini kecil 3 batang dengan harga 150 Pound sterling. Dalam anggaran 5 ke 6 ratus duit Malaysia. Sangat wangi dan beberapa hari kemudiannya aka bertukar warna dari putih kepada unggu. Hybrid, Mini Pink. Dendrobium sutiknoi - King of Horn / Raja Tanduk Dendrobium bracteosum Paphio. Hybrid Lowland lowii 3 Lidah. Phal. Cornustris "Yellow" Phal. Cornustris "Pink" Phal. lamelligera Phal. Taida Snow Selepas tu sahabat bawa Orkidla masuk taman landskap orkidnya yang dibuat hasil usaha sendiri semenjak beberapa bulan yang lalu.