FASA 20
Mutiara Kata
Dua Perkara Perlu Kita Lupakan, Lupakan Keburukkan Orang dan Lupakan Kebaikkan Kita.
Dua Perkara Perlu Kita Ingat, Ingat Kebaikkan Orang dan Ingat Keburukkan Kita.
Aktiviti Luar & Dalam Negeri.
-------------------- Salam Sejahtera --------------------
-------------------- Salam Sejahtera --------------------
Monday, August 9, 2010
Siput & Lintah Bulan
Serangga perosak ini selalu menyusahkan pencinta orkid. Ia sering ditemui pada dirumah-rumah orkid, di mana keadaan lembap sangat sesuai untuk meneruskan kehidupan mereka. Siput-siput kecil boleh membahayakan pokok dengan memakan sulur akar. berlainan dengan siput yang lebih besar dan semua saiz lintah bulan (slugs), akan makan dan mengunyah akar dan tunas/pucuk baru, sering menyebabkan luka besar dalam jangka masa satu malam.
Ada banyak bentuk kawalan siput & Lintah bulan, Kodok merupakan 1 cara mudah jika anda hendak menggunakan kaedah bukan kimia, iaitu secara alam semulajadi. 1 cara lagi dengan meletakkan hirisan buah epal di dalam pasu yang anda syaki adanya siput ini berkeliaran dan lihat pada keesokan harinya. Anda akan terkejut seolah-olah ada satu pesta pada hirisan buah epal tersebut.
Tunas/pucuk yang telah dimakan akan mengeluarkan zat pekat untuk mengisi lubang (kesan dimakan). Jika tidak dirawat, ianya akan membusuk dan mengakibatkan pertumbuhan pokok terbantut. Keringkan lubang tersebut dengan kain kering kemudian disalut dengan belerang untuk pertanian. Ianya dapat mengeringkan kesan luka pada pokok dan mencegah dari dijangkiti kuman serta kulat. Lubang tersebut boleh disembuhi tetapi kesannya parut tetap ada dan kekal walaupun tak sedap mata memandang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
kalau di england mereka akan mengambil bir, letak dlm botol jam, gali dan separa tenggelamkan nya, banyak yang akan masuk kat dlm tu.
Yer betul tu, Terima kasih atas info tambahan ni.
selain bir apa lg ek?tak nampak lah jiran tetangga aku ni tanam botol kat garden diorg..takpe kalau ada nanti aku tumpangk letak siput2 kat umah aku ni dalam botol diorg...amamcam sifu..ok tak?
cantikkkkkkkkkkkkkk
Ada yg syorkan guna cuka ganti bir tu. Betul ke? Sebab saya tak pernh cuba tapi ada yang syorkan..
Tyra Iskina, Cuka saya tak pasti. Seorg kenalan saya menangkap lintah ini lalu dimasukkan ke dlm botol yg mengandungi cuka sehingga penuh lintah didlmnya baru beliau buang botol tersebut dan menggantikan botol yg baru.
Boleh guna apple yg dikerat nipis lalu diletakkan pd pangkal pokok. keesokkannya lihat siput byk hinggap pd apple itu.
Post a Comment