FASA 20

FASA 20

Mutiara Kata

Dua Perkara Perlu Kita Lupakan, Lupakan Keburukkan Orang dan Lupakan Kebaikkan Kita. Dua Perkara Perlu Kita Ingat, Ingat Kebaikkan Orang dan Ingat Keburukkan Kita.

Aktiviti Luar & Dalam Negeri.


-------------------- Salam Sejahtera --------------------




-------------------- Salam Sejahtera --------------------

Thursday, August 19, 2010

Dari Lidah Pemilik.....

Khairi Mohd 19 August at 20:35 Reply

Sepatutnya orang yang ambil foto foto anda kena letak source foto itu di ambil. Kenapa begitu? Terutamanya ialah ETIKA...itu adab..dan praktis sepatutnya di dunia.

Dalam dunia akademik, setiap paper dari penyelidik terdahulu yang menjadi rujukan dalam penyelidikan kita perlu kita beri credit dalam paper yang kita tulis...rasanya dalam dunia fotografi pun sama.

Apapun bergantung kepada tuan punya hak la.. Macam saya tak kisah jika 'dia' guna untuk tujuan peribadi...gantung kat rumah je ke...bagi hadiah kat kengkawan dia ke...tapi bila into komersial saya rasa tak patut tu...

Lagipun dgn 'dia' ni mungkin kurang ngam dah dgn saya sebab kes 'dia' rasa dipulau masa datang show shah alam beberapa lama dahulu. Ini disebabkan otai otai kelab anggerik shah alam 'terasa' dengan 'dia' sebab cuba ambil alih untuk organize show Festival Anggerik Shah Alam tahun lepas tanpa melalui/perbincangan dengan Dato Presiden. Kemudian..ada la lagi beberapa cerita masa sesama berniaga bersama dulu..

Lagipun bak kata Cikgu Pdox..bukan susah pun nak tulis credit to polan sipolan..ABIH CERITA kan?

Lagi satu diumpamakan KALAU TAK NAK KENA RAGUT JANGAN BAWA HANDBAG...ini boleh dikatakan peribahasa moden untuk geng jahat. Sebab?

1. Bawa beg bukan satu jenayah, tapi orang yang meragut adalah jenayah.

Tapi kalau meragut tu digunakan ditempat yang betul ia juga memberi satu makna yang OK. Contohnya..seekor lembu sedang meragut di padang..haaa meragut yang ni OK la.

Terima kasih semua atas nasihat dan panduan..ni kira perkara baru gak yang saya telah belajar. Semoga anda semua dalam rahmat Allah sentiasa.

KITA MAIN ORKID UNTUK HAPPY.

No comments: